Domain & Hosting by

Kupon: Taip "diskaun"


Terima Kasih Indonesia!





Hi semua, hari ni aku nak kongsi satu kisah tentang Indonesia. Aku sendiri pun berketurunan dari sana, berbangsa jawa tapi aku ni generasi yang ke-5. Yang menariknya, hubungan persaudaraan antara kami di Malaysia dan di Indonesia masih tidak putus walaupun telah berjauhan lebih seratus tahun.

Perkongsian aku ni bukannya nak menyinggung mana2 pihak, hanya sedikit perkongsian yang aku rasa semua orang di Malaysia ni terlepas pandang yang aku rasa baik untuk kita fikirkan.

Walaupun sebelum ni timbul pelbagai isu yang sensitif antara hubungan Malaysia dan Indonesia, seperti isu perkataan “INDON“, kebudayaan “Kuda kepang“,”lagu rasa sayang“, dan beberapa lagi isu, ianya dapat diselesaikan secara baik. Tahniah diucapkan kepada pemimpin dari kedua2 negara ini!

Kita abaikan tentang semua tu, hari ni aku nak tekankan mengenai warga Indonesia yang mencari rezeki di negara kita yang tercinta ni, tiada isu negatif yang akan aku luahkan. Hanya ucapan berbanyak2 TERIMA KASIH yang aku nak sampaikan! Aku rasa kita semua rakyat Malaysia, haruslah biasakan diri kita untuk berterima kasih atau menghargai setiap orang yang berbudi kepada kita.

Mungkin ramai dikalangan kita yang tidak sedar atau tak ambil tau pun, setiap projek mega yang ada di negara kita ni keseluruhannya “dibina” oleh orang asing, sudah pasti yang paling ramai adalah orang Indonesia (termasuk juga Myanmar, Bangladesh, India, China, Vietnam dsbnya). Ya, memang kita berbangga dengan KLCC, KLIA, Putrajaya, Cyberjaya, dan pelbagai lagi projek mega termasuk juga yang akan datang di Wilayah Pembangunan Iskandar, JB dan lain2. Tapi pernah tak kita berfikir? Bagaimana bangunan yang besar, hebat, dan indah ini terhasil? Mungkin, ada juga pekerja dari negara kita sendiri, namun ia tidaklah ramai sangat. Mungkin hanya sebagai kerani, supervisor atau pun sebagai pihak pengurusan. Tapi yang berpanas dan berhujan adalah buruh kasar yang hanya mencari rezeki di negara orang (warga asing).

Kesimpulan aku di sini adalah, aku menyeru kepada semua rakyat Malaysia marilah kita berterima kasih kepada mereka. Walaupun ada dikalangan pekerja asing ni melakukan jenayah di tempat kita, bagi aku ia tidak menggambarkan keadaan mereka semua keseluruhannya.

Majoriti dari mereka adalah orang yang susah, dan terpaksa bekerja untuk menyara kehidupan di kampung yang serba daif. Hanya ini yang aku mampu lakukan untuk menggambarkan rasa Terima Kasih aku kepada mereka. Semoga kamu semua pekerja asing, berbahagia bekerja di negara kami yang indah, dan aman makmur ini.

:)

p/s : Warga Malaysia pun ramai yang bekerja di luar negara, aku harap mereka di sana bekerja dengan baik. Jangan melakukan sesuatu yang memalukan negara!

Ikhlas dari

emet

Related Posts with Thumbnails

3 Responses to “Terima Kasih Indonesia!”

  1. 1 bizmalaya

    betul kata u..kita selalu bermegah dengan bangunan tinggi tapi yang bina bukan orang kita….

    [reply this comment]

  2. 2 wanwma

    Yup! Kadang2 upah yg mereka terima bukanlah tinggi sangat. Dan kadang2 kesilapan adalah dilakukan oleh majikan sendiri kerana sengaja melengah-lengahkan pembayaran gaji dan macam2 lagi. Tp mereka tetap kerja dengan tekun dan sabar, yg tak sabar tu mmg sentiasa ada, bukan orng asing jer, makhluk asing pun ada yg berperangai macam tu!

    [reply this comment]

    admin reply on February 21, 2008:

    Haha… Makhluk asing pon kene… :)

    Tapi betul la, mereka ni kerja memang tekun. Kadang2 terharu tgk dorang keje… Keje teruk2, gaji sebulan tak sampai Rm500.00 pon.

Leave a Reply





Inginkan artikel terbaru? Daftarkan emel anda dalam kotak di bawah:

Join My Community at MyBloglog!
TwitterCounter for @mohea

Delivered byFeedBurner

Archives

3K2 theme by Hakan Aydin