Domain & Hosting by

Kupon: Taip "diskaun"


sameer bhatiaNEW DELHI: Pengasas Hotmail, Sabeer Bhatia, akan melangsungkan perkahwinannya di Langkawi, bulan depan.

Sabeer, 40, yang dilahirkan di India, memilih tempat peranginan Taj Rebak Marina Resort, Langkawi, sebagai lokasi majlis perkahwinan beliau dengan Tania Sharma pada 9 Mac ini.



Sabeer bertunang dengan Tania, ahli perniagaan dari Mumbai, Disember lalu. Tania adalah pewaris Kumpulan Baidyanath, sebuah pengeluar terbesar ubat-ubatan Ayurvedik.

“Kami mahukan pulau yang eksklusif untuk majlis ini, Sabeer mulanya merancang mengadakannya di Hawaii, tapi ia agak jauh. Kami juga ada menimbangkan kemungkinan mengadakan di Phuket atau Koh Samui (Thailand), tapi akhirnya kami memilih Langkawi,” kata RK Sharma, bakal bapa mentua Sabeer, di sini, semalam.Sabeer menjadi jutawan sekelip mata selepas menjual perkhidmatan emel webnya kepada Microsoft. Kira-kira 270 jemputan, termasuk tokoh penting India seperti Menteri Penerbangan Awam, Praful Patel dijangka menghadiri majlis itu. - Bernamap/s: Jika kamu ada kepakaran dalam apa bidang sekalipun, jangan sia2 kannya. Maksimakan kepakaran kamu, mane tau lepas ni produk kamu pula yang akan di beli oleh Google :)

p/p/s: Sesungguhnya orang yang kaya adalah seorang yang mencipta peluang, bukannya menunggu peluang. Fikirkanlah ye! ;)

Ikhlas dari

mohd_helmi





Related Posts with Thumbnails

4 Responses to “Pengasas Hotmail nikah di Langkawi : Berita Harian”

  1. 1 titan

    Mamat nih takde tempat lain ke nak kawin aa??

    [reply this comment]

  2. 2 admin

    Die kate Langkawi Pulau exclusive maa…

    Bangga la jugak aku jadi rakyat Malaysia ni… :)

    [reply this comment]

  3. 3 Helmi

    NIKAH DI THAILAND KAHWIN DI SIAM AKAD IJAB KABUL

    As’kum,

    Disini saya ingin menawarkan perkhidmatan Nikah yang dilakukan di Pejabat Agama Daerah Yala Cawangan Betong.

    Hanya 10 minit perjalanan dari pintu sempadan negara dengan menaiki kereta.

    Kawasan ini aman & tenteram, tiada pergaduhan, peperangan atau pengeboman dan sebagainya.

    Pergaduhan hanya berlaku di kawasan yang lebih jauh iaitu bandar Yala 150km dari Betong.

    Surat Nikah dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah Yala dan boleh digunakan di Malaysia. Tidak ada masalah di kemudian hari kerana ini bukan Nikah Sindiket. Perkahwinan ini adalah Sah disisi Agama dan diterima untuk diperakui di Malaysia.

    Hanya perlu membayar denda (jika daftar selepas 6 bulan dari tarikh nikah) jika Sijil Nikah tersebut hendak Sahkan di Malaysia. Data akan dimasukkan ke dalam sistem pejabat agama dan pendaftaran di Malaysia.

    Kenderaan akan disediakan dari exit tol lebuhraya utara-selatan PLUS Kuala Kangsar untuk membawa pasangan untuk diijabkabul. Proses hanya lah dalam masa satu hari sahaja. Tuan akan mendapat terus sijil nikah selepas akad & surat pengesahan dalam masa 7 hari.

    Keseluruhan kos termasuk kenderaan, minyak, insuran kereta & roadtax Thailand boleh dibincangkan dgn lebih lanjut.

    Yang penting kepada yg berminat perlu menyediakan pasport antarabangsa (atau pas sempadan) & mas kahwin.

    Diharap tawaran ini dapat menyelesaikan masalah tuan/puan.

    Untuk Urusan & Pertanyaan Sila email saya di elmyda@gmail.com atau call saya di no 0175955633.

    Terima Kasih.

    [reply this comment]

    admin reply on November 7, 2009:

    Eh, ada ke konsep yang macam ni? Macam-macam…

Leave a Reply





Inginkan artikel terbaru? Daftarkan emel anda dalam kotak di bawah:

Join My Community at MyBloglog!
TwitterCounter for @mohea

Delivered byFeedBurner

Archives

3K2 theme by Hakan Aydin