Loloq aka Rosli Khamis Meninggal Dunia Semalam 30/01/2008
Published January 31st, 2008 in Isu semasa, Umum
Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Loloq kerana telah kehilangan orang yang tersayang, dan hilang tempat bergantung.
Saya menulis artikel ini adalah untuk memperingati pemergian beliau, kerana saya adalah salah seorang yang meminati karya serta lakonan beliau.
Allahyarham Loloq dilaporkan mengalami pendarahan pada otaknya, dia telah diserang penyakit itu pada ahad lalu. Dan diberi alat bantuan pernafasan, namun semalam Allah lebih menyayanginya dan beliau meninggal di Hospital Pakar Damansara pada usia 50 tahun dan dikebumikan di Bandar Baru Sungai Buloh.
Beliau meninggalkan seorang balu Hariah Yaacob, dan 3 orang cahaya mata iaitu Krsty Nur, 11, Jaevn Nur, 8 dan Yasha Nur, 6.
Sama-sama kita sedekahkan al-fatihah kepada roh beliau, semoga Allah mencucuri roh beliau.
p/s: Kita juga telah kehilangan seorang tokoh agama yang amat dihormati dan disegani, iaitu Al-Fadhil Ustaz Dato’ Ishak Baharom bekas Mufti Negeri Selangor. Al-fatihah untuk beliau.
Ikhlas dari



0 Responses to “Loloq aka Rosli Khamis Meninggal Dunia Semalam 30/01/2008”
Please Wait
Leave a Reply