Domain & Hosting by

Kupon: Taip "diskaun"





Salam semua! Sihatkan hari ni?;)

Hari ni saya terpanggil nak cite sikit mengenai kepemimpinan, contohnya ape kualiti yang diperlukan oleh seorang untuk menjadi pemimpin yang hebat!

Info yang saya nak beri ni, saya terbaca di akhbar beberapa minggu yang lepas. So, hari ni saya nak kongsi kepada semua pembaca setia blog saya yang mungkin terlepas pandang artikel ini…

Tun Dr. Mahathir menggariskan tujuh kualiti untuk menjadi pemimpin yang baik, iaitu;

  • Seorang pemimpin yang baik tidak semesrinya merendah diri tapi sekurang2nya tidak bercakap besar.
  • Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
  • Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri serta tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
  • Beliau harus bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
  • Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan serta perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
  • Beliau patut bersedia melakukan apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan kepemimpinan melalui teladan.
  • Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang2nya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya.

So, adakah anda mempunyai ciri2 kepemimpinan seperti yang Dr. Mahathir jelaskan? Tepuk dada tanya selera, dikalangan anda mungkin pemimpin di tempat kerja, perniagaan, persatuan, bahkan di rumah sendiri. Jadikanlah tujuh kualiti di atas sebagai tunjang gaya kepimimpinan anda. Ceh…! macam cikgu “form 6″ plak aku.:) Nasihat saya, yang baik jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan k!

Ikhlas dari

helmi

Related Posts with Thumbnails

12 Responses to “Ciri-Ciri Kualiti Menjadi pemimpin Yang Baik : Tun Dr. Mahathir Mohamad”

  1. 1 mrozaidi

    Hai..Ada Banyak Lagi Ciri² Pemimpin Yang Ada..Tun Dr Mahathir Juga Mempunyai Beberapa Teori Kepimpinan Dalam Kepimpinannya Semasa Memerintah..

    [reply this comment]

  2. 2 budak kampung

    maklumat yang diberikan berguna untuk saya, tetapi perlu menyatakan lebih banyak lagi peranan pemimpin .terima kasih…

    [reply this comment]

  3. 3 DiN

    Seorang pemimpin bagi pandangan saya harus diterima atau diakui oleh majoroti semua agama.. Islam agama yang sempurna.. ciri-ciri salah satunya memang ianya diakui dan sukar dibantah adalah jenis darahnya.iaitu darah O.Kerana orang yang jenis darah O dapat memberi atau menderma pada semua jenis darah,tetapi darah O terbahagi kepada 3 bahagian. IAITU; 1.tidak baik 2. baik 3.terbaik

    [reply this comment]

    admin reply on July 12, 2009:

    Komen yang menarik, 1st time dengar ciri-ciri pemimpin yang macam ni. :) Tak terfikir pun…

  4. 4 DiN

    Salam semua ;)
    PEMIMPIN YANG DIPINGGIRKAN..

    Street 2 the point…

    Pandangan saya..

    Seseorang yang mempunyai jenis darah O memang diakui boleh menderma pada semua jenis darah iaitu jenis A,B dan AB. Disini saya tegaskan bahawa darah jenis O bukanlah satu kebanggaan atau kemegahan semata-mata.. Mereka yang darah O kekadang ditolak akan dermanya pada jenis2 darah yang lain kerana darahnya tidak baik, ianya diakui oleh ahli2 ilmu pengetahuan. Salah seorang dari ahli2 ilmu pengetahuan yang sukar utk dibantah kenyataannya.. Siapakah beliau? Beliau adalah seorang doktor perubatan.. Banyangkanlah.. jika seseorang berdarah jenis O ingin menderma pada mereka yang memerlukan darah lalu sipenderma perlu melalui proses mengenal pasti darah sipenderma.. jika darah O sipenderma baik atau tidak dijangkiti kuman atau keadaan kesihatanya baik, proses pendermaan InsyaAllah akan berjalan dengan baik dan si penerima darah juga baik.. jika darah O ada penyakit sebagai contoh darah ada HiV tentu sipenerima akan menderita,kekadang kesanya pada anak..

    Fikirkanlah.. jika seseorang itu ingin menjadi pemimpin. dengan mendakwa mampu membahgiakan semua orang,apakah benar kata2 pemimpin itu? jika pemimpin itu berpenyakit kamu akan lihat kesan2nya.. Carilah orang yang dapat mengenal pasti pemimpim yang baik yang sukar dibantah.. Barang siapa yang mengikuti Allah SWT dan Rasul-Nya (Al-Quran dan sunnah) mereka itulah orang yang berjaya..

    Siapakah ahli2 ilmu pengetahuan yang dapat mengenal pasti pemimpin yang baik dan pemimpin yang berpenyakit, doktor,profesor,datuk,tuan, boss tempat kita semua ? mereka2 ini sudah semakin jauh kerana kebanyakkan dari kita meminggirkan mereka padahal mereka ini selalu dan sentiasa dekat dengan kita semua dan keterangan dari mereka ini sukar utk dibantah..

    Adakah kita semua rela diberi HiV?

    [reply this comment]

  5. 5 ndeng COVER

    bagi saya pemimpin itu tidak bisa berjalan sendiri tanpa bekerja sama dengan oarang lain, karna apa..?? setiap manusia itu tidak bisa hidup sendiri-sndiri.. manusia memerlukan kehadiran orang lain di sisi nya….

    oleh karna itu, jangan lah selalu merasa klo kita yang selalu berhasil tanpa bantuan orang lain.. OK!!!!

    [reply this comment]

    DiN reply on April 30, 2010:

    Saya bersetuju dengan pandangan ndeng COVER..

  6. 6 ilham

    ringkas dan padat. bgs.

    [reply this comment]

  7. 7 muhammad ruben bin abdullah/padan

    asalamualaikum Tun dr. Mahathir saya sekarang ini menghadapi satu kurusus.jadi nya hendak bertanyakan apakah huraian yang terbaik bagi tajuk assignment saya ini iaitu; ciri ciri seorang pemimpin yang responsif dan proaktif?saya juga ada pendapat saya sendiri akan tetapi belajar dan menimba ilmu pengetahuan melalui Tun DR. sendiri adalah satu kemestian dan yang baru bagi saya..jadi assignment saya ini nanti akan menjadi lebih mantap dan akan saya jadikan tauladan kepada diri saya dan bak nasihat orang tua kita..belajar lah daripada orang tua yang cerdik dan pandai insyallah akan pandai lah kita juga..amin..sekian saja Tun DR.dengan ini tidak lupa saya mengucapkan ribuan terima kasih..

    [reply this comment]

    admin reply on July 5, 2010:

    Salam, En. Muhammad Ruben. Saya adalah penulis bagi blog panjangakal.com, hasil tulisan saya ini tiada kaitan dengan blog Tun Dr. Mahathir. Jika En. Ruben ingin berhubung dengan Tun Mahathir, saya sarankan anda terus ke blog beliau. Boleh terus search di google dengan keyword ini “chedet”. :-)

  1. 1 Apa itu SEO? | www.panjangakal.com
  2. 2 Ciri-Ciri Seorang Pemimpin | Mixterr Studio Blog

Leave a Reply





Inginkan artikel terbaru? Daftarkan emel anda dalam kotak di bawah:

Join My Community at MyBloglog!
TwitterCounter for @mohea

Delivered byFeedBurner

Archives

3K2 theme by Hakan Aydin