Hentikan Promosi DubaiMLM!
Published January 18th, 2008 in scam, Informasi, Isu semasa, UmumKebelakangan ini, saya dapat banyak sangat
s’pam pasal DubaiMLM dan saya dah muak dengan
email tersebut sehingga terpaksa menulis
tentang ini kepada anda.
Dua tahun lepas, saya pun ada menulis pasal
SwissCash di dalam blog saya di
http://mlmlessons.com/zamrinan
Hasilnya, ada yang balas balik mengutuk saya
dan cuba ‘back-up’ program tersebut. Lepas
tu saya dah kurang sedikit membuat ulasan
sebegini - sebabnya… no point - yang sertai
program sebegini tak akan makan saman.
Tapi selepas difikirkan balik, jika saya tidak
memberitahu kepada lebih ramai orang diluar
sana, siapa lagi yang akan melakukannya?
Terlebih dahulu, saya ingin mengatakan yang
pandangan saya mungkin salah di kemudian
hari tetapi saya cuba menggunakan asas-asas
yang munasabah dan pengalaman saya untuk
membantu anda.
Baiklah… begini…
Jika anda ingin melakukan sebarang Online M L M,
tidak salah tetapi anda perlu teliti dahulu
beberapa perkara penting. Tak perlu diselidiki
sehingga terlalu mendalam tetapi cukuplah dengan
soalan seperti di bawah:
1. Siapa pengasas syarikat yang anda sertai dan
adakah beliau benar-benar wujud?
2. Di manakah syarikat tersebut?
3. Siapakah yang mempunyai kredibiliti di dalam
industri ini yang memberikan saranan atau
‘recommendation’ untuk syarikat ini.
4. Logik ke operasi sebegini?
dan beberapa soalah yang senang lagi.
Kalau soalan yang senang sebegini pun tidak
mempunyai jawapan yang kukuh, saya cadangkan
anda jauhkan diri daripada program sebegini
(yang cuma memburukkan lagi nama MLM).
Untuk pengetahuan anda, saya cuma mempromosikan
2 program online M L M dan saya mungkin tidak
akan menyertai sebarang program lain dalam masa
beberapa tahun lagi. Jadi, anda tahu yang saya
bukannya yang jenis suka lompat dari satu syarikat
ke syarikat lain semata-mata untuk membuat
keuntungan.
Bina network yang besar merupakan perkara yang
lebih penting buat saya… dan salah satu usaha
saya untuk membantu mereka yang berminat dengan
online M L M ialah dengan mencipta sistem
VideoPercuma ini sendiri… dan lihatlah satu
cara yang saya bina di sini:
http://www.VideoPercuma.com/r
Baiklah, sekarang anda tanya diri anda sendiri
jika soalan yang saya berikan di atas boleh
anda jawab apabila seseorang mempromosikan
DubaiMLM kepada anda.
ikhlas,
Zamri Nanyan
************************************************************************
Artikel ini ditulis oleh Zamri Nanyan iaitu seorang “coach” MLM yang terkenal.
************************************************************************
Ikhlas dari
Mohd Helmi a.k.a emet


0 Responses to “Hentikan Promosi DubaiMLM!”
Please Wait
Leave a Reply