Salam semua, diharap semuanya berada di dalam keadaan baik. InsyaALLAH. Hari ni saya ada sesuatu untuk diberikan, iaitu ebook percuma kepada anda semua. Pastikan anda mendapatkannya hari ini juga!, KENAPA? sebab ianya PERCUMA! :) ebook ini bertajuk “Panduan Membeli Belah Secara Online Di Malaysia” yang ditulis oleh saudara Syamsuriyadi a.k.a RajaAdsense.

Objektif penghasilan ebook percuma ini adalah “Untuk Mendidik Rakyat Malaysia Tentang Bagaimanakah Perniagaan Internet Beroperasi Dan Bagaimana Pembayaran Dibuat”. Statistik menunjukkan ada lebih 10juta orang menggunakan Internet di Malaysia, iaitu kira2 60% daripada keseluruhan rakyat Malaysia. Besarkan pasaran Internet di Malaysia? Bukan setakat itu sahaja, di sekitar Asia Tenggara sendiri yang penduduknya menggunakan Bahasa Malaysia seperti Indonesia mempunyai lebih 15 Juta pengguna, Singapura 2.2 juta orang, dan Brunei 35 Ribu orang pengguna. Jumlah keseluruhan pengguna Internet yang merupakan pengguna bahasa Malaysia adalah melebihi 25 juta pengguna Internet!

Selain untuk tujuan membeli belah secara online, saya sendiri menggunakan internet sebagai cara utama membayar bil2 utiliti seperti bil air, elektrik dan sebagainya. Ianya adalah menjimatkan masa kita, kerana urusan untuk penbayaran online lebih kurang 5 min sahaja. Menjimatkan masakan? :) Saya menggunakan maybank2u.com.my, dan juga cimbclicks.com.my, bank2 lain yang anda gunakan juga mempunyai aplikasi pembayaran Internet, anda perlulah bertanyakan pihak bank tersebut untuk maklumat lanjut.

Jika artikel saya sebelum ini menerangkan tentang Bagaimana Memulakan perniagaan Internet dengan Affiliate, ianya memang ada kena mengena dengan artikel saya hari ni. Bagaimana kita hendak mendapat pendapatan jika ramai lagi rakyat Malaysia yang masih kurang memahami mengenai perjalanan perniagaan secara online ini. Kerana itu terhasilnya ebook ini untuk mendidik rakyat Malaysia tentang hal ini. :) Diharap penyebaran ebook ini tidak setakat sampai di sini sahaja, anda juga boleh menyebarkannya kepada kenalan anda secara percuma. Ingat ya PERCUMA! :)

Untuk itu sila download ebook ini di Bawah:
                                  
                                      Panduan Membeli Belah Secara Online Di Malaysia

Ikhlas dari

Mohd Helmi a.k.a emet

Subscribe to www.panjangakal.com by Email

Sila masukkan email anda jika anda ingin post-post terkini dihantarkan terus ke email anda :
Delivered by FeedBurner
Related Posts with Thumbnails

0 Responses to “Panduan Membeli Belah Secara Online Di Malaysia”

  1. No Comments

Leave a Reply





Domain & Hosting by

Kupon: Taip "diskaun"

Iklan

Mobile Payments by Fortumo
3K2 theme by Hakan Aydin